Kekerapan dan Kuasa Dalaman Manusia
Daripada Hakikat Mawlana (Q) diajar oleh Shaykh Nurjan Mirahmadi
A’uzu Billahi Minash Shaitanir Rajeem
Bismillahir Rahmanir Raheem
Aku bermohon perlindungan kepada Allah daripada Syaitan, yang dilaknati.
Dengan Nama Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani
Alhamdulillahi Rabbil ‘aalameen, was salaatu was salaamu ‘alaa Ashraful Mursaleen, Sayyidina wa Mawlana Muhammadul Mustafa ﷺ. Madad ya Sayyidi ya Rasulul Kareem, Ya Habibul ‘Azeem, unzur halana wa ishfa’lana, ‘abidona bi madadikum wa nazarekum.
“Atiullah wa atiur Rasul wa Ulil amre minkum.”
﴾أَطِيعُواللَّه وَأَطِيعُوٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ… ﴿٥٩…
4:59 – Ya ayyu hal latheena amanoo Atiu Allaha wa atiur Rasula wa Ulil amre minkum… (Surat an-Nisa)
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.” (Wanita, 4:59)
“O You who have believed, Obey Allah, obey the Messenger, and those in authority among you.” (The Women, 4:59)
Manusia berlari menuju keruhanian di akhir zaman
Dan peringatan selalu untuk diri saya, ana abdukal ‘ajeez, wa dayeef, wa miskin, wa zhalim, wa jahl dan dengan rahmat Allah (AJ) kita masih lagi wujud. Dan alhamdulillah, apabila kita bercakap dengan orang, dan kita bertemu dengan orang, dan kita dapati manusia berlari menuju keruhanian. Dan orang berhujah sekarang tentang dogma agama, saling bertikam lidah tentang pangkat, kedudukan dan siapa antara mereka yang betul, siapa yang benar, dan timbul semua fitnah (kekeliruan) akhir zaman.
Bayangkan ianya membiak dan merata hari demi hari, hari demi hari oleh kerana kuasa buruk yang menyelubungi sekeliling. Dan manusia berlari, berlari ke arah keruhanian. Dan tariqah (jalan keruhanian) telah diberi penghargaan oleh Allah (AJ), oleh Sayyidina Muhammad ﷺ, untuk mengajar dari keruhanian dan keruhanian ialah dunia cahaya. Ianya adalah ruang tetap penuh sarat dengan cinta dan sarat kebaikkannya.
Kuasa menyatukan kita semua
Dan anugerah yang mengalir daripada Allah (AJ) menembusi Sayyidina Muhammad ﷺ kepada mereka yang telah diberi petunjuk ke dalam hakikat, mereka ingin menyampaikan kepada orang yang sealiran. Sesuatu yang menyatukan manusia dan membawa mereka kehadrat Allah (AJ) yang Penyayang dan Maha mengasihani. Dan memudahkan kefahaman terhadap semua undang-undang serta usul dan semua amalan. Mereka membawa pemahaman yang termudah, tetapi hakikatnya ia datang daripada hakikat yang tertinggi.
Kehidupan kita ialah untuk mencapai qudrat dan kuasa. Dan dalam kehidupan kita, adakah kita memperbaiki kuasa dalam diri kita, yang bergetar, kualiti bunyi yang gemaannya dari sudut teras yang dalam, sanubari kita, ruh kita? Ataukah kita menurunkan tahap getaran itu? Dan itu sahaja yang berkait rapat dengan kita. Tujuan hidup kita ialah membawa kekerapan getaran dalam diri kita ke tahap yang lebih tinggi, getaran yang tertinggi, bunyi yang mana ruh kita terpancar dan kewujudan kita beroperasi. Dan getaran itu, apabila ia naik tinggi, terus meninggi, ianya mula menerangkan paras nafsu (ego), kesemuanya ini mempunyai terminologi Islam yang berbeza
Fokus kepada Lautan Cinta, bukan Dogma Amalan
Getaran apabila sampai ke kemuncak yang mana Allah (AJ) inginkan getaran ruh itu, dalam ruang menetapnya malaikat iaitu lautan kasih dan cinta, Allah (AJ). Lautan cinta dan kasih Allah (AJ) yang sangat hebat. Dan jika apa yang kita lakukan ialah meningkatkan getaran, yang kita rasa cinta bertambah dalam hati kita, amalan kita akan bertambah, kita dapat rasakan getaran amalan, dan bukan dogma amalan itu.
Kamu tahu, andainya kamu ingin menulis emel, “Adakah kami sepatutnya membuat serupa dengan ini? Adakah kami sepatutnya membuat serupa dengan itu? Ini ialah tentang lautan cinta dan kuasa. “Serupa” bukanlah menjadi isu. Soalnya bukan saya membaca sesuatu dan akan dapat menaikkan darjat tetapi dalam masa saya membaca, dan mengamalkan cinta dan cuba meningkatkan getaran, ambil pengajarannya dan cuba mempunyai akhlak yang baik.
Ketinggian Getaran yang baik menghasilkan akhlak yang baik
Dan kesemua yang disekeliling saya cuba menurukan getaran saya. Kalalu anda membuka radio, berkumandang diudara lagu yang cuba menurunkan getaran anda, menurunkan proses pemikiran anda, menurunkan degupan jantung anda. Dan hidup menjadi seperti berperang untuk menaikkan getaran anda dan dengan getaran yang baik akan menghasilkan akhlak yang baik.
Dengan akhlak yang baik kesemuanya Allah (AJ) melipatgandakan getaran dan itu yang kita namakan barakah dan keberkatan. Itulah apabila kita bergetar dalam gegaran yang tinggi, apabila kita dinaikkan dan menyucikan diri kita dan ruh dan akhlak kita, Allah (AJ) menghiasi hambaNya dengan barakah yang sangat besar dan melimpah ruahkan sebanyak-banyaknya dalam proses itu. Dan tujuan jahat dan shaitan dan dajjal (manusia yang menipu) dan apabila kesemua mempunyai sesuatu dalam bahasa yang berbeza, ini membuat getaran menurun.
Adakah kamu meninggikan atau menurunkan kekerapan getaran?
Ianya agar kami dapat memahami samada kekerapan getaran aku semakin naik atau turun? Dan apabila seseorang ingin bercakap kepada aku tentang perjalanan dan amalan mereka dan ini dan itu, katakanlah, Ïtu semua tidak penting. Akhirnya, mari kita membuat rumusan. Apakah kekerapan getaran kamu bersama Cinta Ilahi semakin meninggi atau menurun? Atau kekerapan getaran kamu semakin menurun, kamu ingin bertelingkah, membuka sikap tidak baik seseorang dan kesemuanya menjadi tidak baik dan tidak bersifat baik
Kuasa Berwudhu’ melawan musuh ghaib
Dan cara memahami tarikat yang termudah ialah memahami ajaran yang dibawa oleh Sayyidina Muhammad ﷺ Besarnya kurnia amanah daripada seorang ayah yang penyayang mewariskan kita segalanya untuk menghadapi setiap kesukaran. Akan tiba hari bilamana kita akan memahami besarnya ganjaran wudhu’.
Kita sering ambil leka, “Oh, saya akan berwudhu’’ lagi, Saya akan berwudhu’’ lagi.” Dan sekarang seluruh dunia harus belajar bagaimana untuk menyucikan diri demi menjauhi virus, musuh halus yang ghaib. Allah (AJ) telah mengajar kita semua tatacara hidup Islam, “Sememangnya ada makhluk ghaib halus, berkuasa sangat negatif, ada bermacam makhluk mengelilingi kamu. “
Berusaha memperbaiki dan Gegaran di pemahaman yang lebih tinggi
Maka, kesemua kehebatan yang Rasulullah ﷺ bawa untuk kita semua agar kita memperbaiki gegaran dalam pemahaman yang lebih tinggi. Maka akan lebih membawa makna, “Ök, Saya ingin lakukan Zikr (Ingat Illahi). Saya hendak membuat amalan.” Sememangnya, saya perlu berkhalwat. Kesemuanya dalam kehidupan ini ialah dalam khalwatnya yang tersendiri.
Perkerjaan saya berkhalwat, TV juga berkhalwat, pekerjaan saya berkhalwat; kesemuanya berkhalwat kearah dunya dan kebendaan. Dan untuk menjauhkan diri daripadanya dan berkata, “Saya akan sambung dengan sumber atasan, dengan hakikat syurgawi dan santapan jiwa dengan amalan baik dan akhlak yang mulia.”
Mengambil Bahagian dalam Pertubuhan untuk dihiasi dengan akhlak dan kelakuan yang baik
Dan inilah yang kami cuba capai dalam hidup kita dan dengan amalan kita. Dan dengan hadirkan diri ke pertubuhan dan majlis dan dengan akhlak yang baik kita mengambil bahagian dengan akhlak mulia. Kita hadirkan diri dalam video. Kita berdakwah saban hari sehingga prosesnya tamat dan membawa manfaat dalam kehidupan kita.
Ini menjadikan kehidupan kita lebih cantik serta perjalanan kita lebih indah dan keindahan perjalanan kita yang kita memberi sumbangan kepadanya. Kita menyebarkan kalimah, kita menyebarkan kalimah yang baik, dan kita memperhaiki diri kita dan gegaran kita di paras yang lebih tinggi dan ini semua menghasilkan produk cinta yang luas Allah (AJ) hiasi hamba-hambaNya yang berakhlak mulia serta beramal baik, inshaAllah.
Kesemua yang mengambil bahagian mendapat perhatian Shaykhs
Ada soalan malam ini daripada mereka yang melungsuri secara dalam talian? Dan kami lihat semua komen dan kami menyemak semula dan kemudian apabila mereka yang menonton mengikut waktu zon sendiri dan meninggalkan komen, dan komen video, semua jawapan datang daripada kami dan untuk semua yang membantu dan kami memantau kesemuanya.
Lantas, alhamdulillah, Allah (AJ) memberi kami kebolehan dan kewajipan untuk semua, apabila mereka mengambil bahagian, mereka mendapat perhatian. Dan berada dalam nazar (penglihatan) dan kesemuanya yang berlaku berada di bawah penglihatan agar kesemuanya merasakan yang mereka mengambil bahagian dan mereka mendapatkan perhatian. Kesemuanya mendapat perhatian dan tiada yang tidak diberi perhatian, inshaAllah.
Subhana rabbika rabbal ‘izzati ‘amma yasifoon, wa salaamun ‘alal mursaleen, walhamdulillahi rabbil ‘aalameen. Bi hurmati Muhammad al-Mustafa wa bi siri Surat al-Fatiha.
Rakaman penghargaan istimewa kepada jurubahasa yang membantu dalam menulis syarahan ini.
Tarikh Asal Syarahan: Januari 23, 2021
Artikel Berkaitan:
- We are Energy Beings: Build it or Lose it
- Acquire Angelic Power: The Force = Energy
- Sunnah P.2 – Protection Against Bad Energy (Siwak, Ring, Cane, Body Energy, Wudu)
- Repelling Negative Energies Meditation Q&A
- COVID-19 Quarantine is Quran Time to Acquire Qudra/Energy for Protection
Menderma dan Sokonglah agar kami dapat terus menyebarkan ilmu syurgawi
Hakcipta Terpelihara © 2021 Naqshbandi Islamic Center of Vancouver, All Rights Reserved.