
Oleh itu akuilah kesucian Allah Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu 36:83
Dari Hakikat Maulana (Q) yang diajarkan oleh Shaykh Nurjan Mirahmadi
Audhu Billahi min ash Shaitanir Rajeem
Bismillahir Rahmanir Raheem
Aku memohon perlindungan Allah dari Syaitan, yang dilaknati.
Dengan Nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Moga Allah (Azzawajjala=AJ) menganugerahkan kita kehidupan yang baik, panjang, diberkati, dari satu Jumaat ke Jumaat seterusnya, dalam keberkatan, dihiasi cahaya Illahi dan Jumaat yang sebenarnya ialah dalam alam rasa hadirnya bersama Rasulullah ﷺ.
Setiap yang kita lakukan ialah dengan meniru, lantas kita berdoa bahawa Rasulullah ﷺ sentiasa menerima segala amal, menghiasi ia, memberkati ia, menyucikan ia dan menyampaikan ia kehadrat Illahi. Kesemua jalan dan setiap yang kita lakukan menuju ke Allah (AJ) menghala ke arah baginda Saydina Muhammad ﷺ, dan cuba cara terbaik untuk mengikuti jejak Wali Allah, Ahli Kebenaran, dan mereka yang sealam dengan hakikatnya.
Perkataan “Diri” telah digunakan untuk mencantikkan hakikat diri yang tercela (Ego)
Terdapat banyak kesukaran yang bergerak pantas di ruang alam semesta. Terdapat banyak alamat kejadian yang bergerak di ruang alam; dan kami berdoa yang Allah (AJ) berkati dan lindungi kita serta membuat kita terlindung. Segala-galanya tentang Tariqah (Jalan Ruhaniyah) hadir untuk memperkuatkan itu, dan secara istiqamah mengingatkan hati saya dan hati yang mendengar, sebab peringatan itulah yang akan menyelamatkan kita. Jika melangkah dan kita dapati yang diri ini menuju ke laluan yang salah.
اللَّهُمَّ لَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ وَلَا أَقَلَّ مِنْ ذَلِكَ
“Allahumma laa takilnee ila nafsee tarfat ‘ aynin wa laa aka’lla min dhalika.”
‘Ya Allah! Jangan biarkan kami meninggalkan (ego) ini kepada diri walau dalam sekelip mata atau kurang.” – Sayyidina Muhammad ﷺ.
Ini bermakna Nabi Muhammad ﷺ mengajar bahawa, “Ya Tuhanku, janganlah kau biarkan aku meninggalkan aku kepada diriku (ego) walau sekelip mata.” Hakikatnya, seandainya kita hidup berpegang kepada ajaran Rasulullah ﷺ dan memapar cerminan diri, bertulis di dinding diri, yang kita tidak patut percaya kepada diri kita, jangan harapkan kepada diri, jangan dengar kepada diri; jangan cuba menjaga diri. Kesemua falsafah hidup di alam maya adalah salah. Mereka mencipta kekata “diri” untuk “ego”, mencantikkan hakikat diri (ego) yang nista. Sebab jika kamu berkata yang “Saya akan mendengar kepada ego”, “Saya akan menjaga ego saya”, “Saya akan menyuapkan ego”, dan “Saya akan membiarkan ego untuk menasihati saya dan membimbing saya”; maka kita akan faham dengan nyata bahawa itu adalah salah. Itulah cara syaitan, iaitu menutupi dan menyembunyikan sesuatu agar kita tidak dapat melihat hakikat yang sebenarnya.
Wahai Tuhanku, Janganlah kau biarkan kami kepada Diri (Ego) kami walau sekelip mata pun.
Amaran Nabi ﷺ kepada kita, adalah peringatan kepada mereka yang bertafakkur terutama, untuk mereka yang sentiasa bermuhasabah, “Wahai Tuhanku, janganlah biarkan aku ikut diriku. Jangan biarkan aku ikuti nafsuku. Jangan biarkan aku sentiasa mencari sesuatu yang aku inginkan sebaliknya apa yang Kau inginkan? Wahai Tuhanku, apakah yang Kau inginkan? Apakah perkara yang menuju kepada apa yang Kau inginkan daripadaku dan lautan pasrah dan serah? Wali Allah mengajar kita bahawa itulah jalan yang kita harus cuba susuri hingga mati. Ini bermakna, mungkin kita hidup di jalan Allah (AJ) dan di langkah yang terakhir syaitan bermuslihat dan menipu serta membuat hamba itu terpesong menuju jalan yang berbeza.
Alhamdulillah, Allah (AJ) meletakkan kita di tangan Wali Allah untuk mereka sentiasa terlibat. Mereka tidak percaya kepada diri mereka juga kepada kita. Yang mereka percaya hanya kepada Allah (AJ) dan Sayidina Muhammad ﷺ, sahaja yang terpahat di hati mereka. Ini bermakna tafakkur dan muhasabah mereka, serta sokongan mereka bermakna membawa kita sentiasa dikelilingi cahaya, diberkati dengan cahaya, dibimbingi dengan cahaya, dan cahaya itulah yang mereka bergantung dan yang membimbing mereka.
Hakikat Alam Malakut dan Dunia Cahaya
Ini bermakna apablia Allah (AJ) menerangkan di ayat akhir Surah YaSeen, “
Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaaan atas segala sesuatu di alam malakut. “Surah al- Mulk ialah “Maha Suci di tangannya memiliki mulk di dunia. “
﴾فَسُبْحَانَ الَّذِي بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ ﴿٨٣
36:83 – “Fasubhanal ladhee biyadihi Malakotu kulli shay in wa ilayhi turja’oon.” (Surat YaSeen)
“Oleh itu akuilah kesucian Allah Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu” (YaSeen, 36:83)
﴾تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١
67:1 – “Tabarakal ladhee biyadihil mulku wa huwa ‘ala kulli shay in qadeer.” (Surat Al-Mulk)
“Maha Suci Allah Yang di tangan-Nya-lah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surat Al-Mulk, 67:1)
Dalam Surah YaSeen, jantung AlQuran ini, Allah (AJ) bercakap tentang di tangan-Nya dari alam malakut. Kadangkala bila kita bertutur Bahasa Inggeris tanpa menggunakan Bahasa Arab sebagai panduan, sesuatu mungkin akan hilang dalam terjemahan. Apabila kita berbicara tentang dunia cahaya, ramai yang berfikir bahawa ini adalah sesuatu yang mudah, sesuatu yang comel; okey dunia cahaya. Namun demikian, ini adalah hakikat alam yang tertinggi. Ini adalah dari Makam Al-Iman (Percaya), terletak atas Makam Al-Ikhsan (Ikhlas). Alam Malakut ialah alam yang halus, alam yang bukan fizikal yang boleh kita lihat. Apa yang kita tahu alam cahaya, malaikat, alam hakikat, alam Al-Quran, alam Saydina Muhammad ﷺ.
Maha Suci Allah Yang di tangan-Nya-lah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu
Ini semua dari alam malakut, dan Allah (AJ) memerihalkan, “Maha Suci (penuh keberkatan) di tangan mereka,” sebab tangan mereka adalah tangan malakut. Melalui tangan mereka, kamu boleh sampai ke alam syurgawi dan makam kamu di syurga, dan dekatnya kamu kepada Sayyidina Muhammad ﷺ melalui tangan mereka. Jika Allah (AJ) memberi mereka madat untuk membimbing kamu ke arah alam syurga kamu, bayangkan kewibawaan mereka untuk membimbing kamu di dunia, alam semesta ini.
Inilah Surah Mulk,
﴾تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١
67:1 – “Tabarakal ladhee biyadihil mulku wa huwa ‘ala kulli shay in qadeer.” (Surat Al-Mulk)
“Maha Suci Allah Yang di tangan-Nya-lah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu” (Surat Al-Mulk)
Maha Suci Allah Yang di tangan-Nya-lah segala kurniaan Rezeki untuk Badani dan Ruh
Ini bermaksud yang dunia ini di bawah naugan mereka; ramai di antara mereka yang dikurniakan kunci untuk murid mereka, yang Nabi ﷺ telah memberikan mereka itu kunci. Dengan kunci tersebut, mereka boleh membuka dan menutup rezeki dan mempertahankan kesinambungan. Mereka boleh membuka dan menutup apa yang akan datang kepada kamu dan juga apa yang meninggkalkanmu kerana kesemuanya telah dibahagi-bahagikan oleh Saydina Muhammad ﷺ.
Apabila Nabi ﷺ berkata, “Salah satu daripada namaku ialah Al-Qasim (yang mengagihkan),” yang setiap pemberian dan setiap yang tertulis oleh Allah (AJ) datang ke ruh daripada alam malakut. Ia datang kepada lautan cahaya, dari lautan cahaya, dan menuju ke ruh. Hakikat ini mendalam untuk kita merenung.
إِنَّمَا بُعِثْتُ قَاسِمًا أَقْسِمُ بَيْنَكُمْ
“Innamaa bu’ithtu Qasiman, Aqsimoo baynakum”
“Aku dihantar sebagai pengagih (Qasim), maka aku mengagih di kalangan kamu.” (Sahih Muslim, Buku 38, 5)
Ini bermaksud bahawa lautan cahaya mungkin tidak datang kepada kamu. Yang Allah (AJ) menerangkan, “Tangan mereka adalah tangan yang diberi kuasa.” Ini bermakna jika mereka membahagikan dan memohon daripada Nabi ﷺ, mereka boleh mengalih cahaya kepada ruh kamu, menghiasi kamu daripada hakikat ini, memberkati kamu daripada hakikat ini, yang mungkin tidak sampai kepada kamu. Oleh yang demikian Allah (AJ) meletakkan di akhir Surah Yaseen, “Maha Suci tangan mereka (yang telah diberikan kuasa oleh Allah).”
Apakah ayat akhir Surah Yaseen? “FaSubhanal ladhee biyadihi Malakotu kulli shay…”Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaaan atas segala sesuatu…”
﴾فَسُبْحَانَ الَّذِي بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ ﴿٨٣
36:83 – “Fasubhanal ladhee biyadihi Malakotu kulli shay in wa ilayhi turja’oon.” (Surat YaSeen)
“Oleh itu akuilah kesucian Allah Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu” (YaSeen, 36:83)
Disebabkan mereka boleh membawa kamu daripada dunia cahaya, hakikatnya, dan melalui tangan-Nya (Allah), kamu akan dikembalikan. Maksudnya mereka boleh sampai ke makam yang bukan untuk kamu. Mereka boleh berkati kamu dengan makam yang bukan untuk kamu; mereka boleh hiasi kamu dengan hakikat yang bukan daripada kamu. Allah menerangkan, “Mereka adalah orang yang diberi kuasa; Kami anugerahkan kuasa malakut,” bukan mulk, kerana apabila kita bercakap tentang cahaya, orang berfikir, “Apa itu cahaya? Cahaya itu comel, apabila kita bercakap tentang cahaya.” “Sesungguhnya, kamu hilang di alam terjemahan!”
Pembimbing Alam Malakut menjaga Cahaya Ruh kamu
Ini bukanlah hakikat dan juga bukan makam yang boleh dicapai; ini adalah nikmat dari Allah (AJ). Allah (AJ) menganugerahkan cahaya kepada Wali Allah, menjadikan mereka pembimbing alam malakut. Ini kerana mereka juga yang membimbing alam mulk (semesta). Oleh kerana itu, kita melihat mereka melalui internet, mendengar cara mereka bercakap. Mereka mentafsirkan hadis. MaShaAllah, hadis Nabi ﷺ mempunyai banyak barakah. Mereka mengambil dalam Bahasa Arab dan menterjemah ke Bahasa Inggeris atau Urdu; dan kebanyakan orang terpegun tetapi yang mereka dengar hanya hadis. Mereka membaca, mereka menyebut dan itu sahaja. Ini adalah petunjuk dari Mulk, petunjuk secara zahiriah, petunjuk di dunia.
Tetapi untuk menjadi petunjuk untuk alam malakut, Allah (AJ) berkata, “Di tangan mereka adalah tangan yang bercahaya, menguasai cahaya.” Dari lautan cahaya mereka boleh merubah hala tuju cahaya ke dalam ruh kamu, merubah nasib, dan derajat ruh kamu, berkati kamu, hiasi kamu, dan mula memberi kamu sebab mengapa sesuatu akan datang kepada kamu, mula meninggalkan kesan kepada tubuh kamu.
Jika sesuatu tidak datang ke ruh, ia itdak akan sampai ke tubuh. Oleh itu mereka bertugas menjaga ruh kamu. Oleh yang sedemikian mulk, dengan kuasa yang Allah (AJ) anugerahkan mereka kuasa, bagaimanakah boleh mereka menganiaya ruh kamu dengan peruntukan yang seharusnya sampai ke tubuh kamu. Ini bermakna jika kamu tidak jelas, dan tidak benar, dan hati kamu tidak bersih, maka peruntukan untuk kamu akan terus terkunci dan kamu boleh menghantukkan kepala kamu sekuat mana pun yang kamu inginkan, malangnya tiada apa yang akan berubah.
Gunakan kebaikan kamu di dunia untuk membina istana kamu di akhirat
Apabila mereka melihat hamba abdi memahami dan hamba abdi berada dalam lautan penyerahan. dan jiwa mereka tenang dalam penyerahan, dan tubuh serta ruh mereka menuju ke destinasi yang sama, Allah (AJ) membuka semuanya kerana sekarang, berada “dalam kebaikan di dunia serta kebaikan di akhirat.”
﴾وَمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ﴿٢٠١
2:201 – “Wa minhum mai yaqoolu rabbanaaa aatina fid dunyaa hasanatawn wa fil aakhirati hasanatawn wa qinaa azaaban Naar.” (Surah Al-Baqarah, 2:201)
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata, “Wahai Tuhan kami, kurniakan kami kebaikan di dunia serta kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari azab api neraka.” (Surah Al-Baqarah, 2:201)
Tetapi kita telah lafazkan banyak kali sebelum ini, hakikat ayat itu, ialah mereka ingin kebaikan di dunia membina istana di akhirat, bukan istana di dunia, dan kosong di akhirat, kerana kamu mengambil dunia dan menghembuskannya, dan kamu hilang istana akhirat. Dan ini boleh berlaku dalam satu nafas, boleh berlaku dalam satu langkah, boleh berlaku dalam satu pilihan yang buruk. Syaitan menunggu serta menanti kita membuat silap.
Ini bermakna, seluruh hidup dan hakikat petunjuk ialah petunjuk yang berterusan, iaitu jangan berfikir kita berkumpul untuk meraih keuntungan kewangan; ada di kalangan kita datang ke majlis zikir ialah untuk mencari pasangan berdagang dan mendapat untung (dari segi wang sahaja). Ini bukannya manfaat zikir. Ini adalah keberkatan yang menghiasi kamu daripada apa yang mereka berikan kepada ruh kamu, dan petunjuk serta berdekatan ruang mereka meletakkan ruh kamu hadir bersama Sayidina Muhammad ﷺ. Disebabkan itu, mereka bertanggujawab, dengan derajat ruh, selari dengan apa yang dicapai oleh tubuh di dunia. Bagaimanakah boleh ruh kamu dekat dengan Nabi ﷺ sekiranya tubuh kamu berlari ke sana ke mari melakukan perkara yang tidak akan membuatkan kamu hampir bersama Nabi ﷺ? Ini merupakan peringatan berterusan yang kami hiasi daripada zikir, diberkati dengan zikir, serta cahaya yang dipertempatkan bersama ruh, tidak terjangkau oleh minda.
Keberkatan yang kamu rasakan bukan daripada kamu. Ianya daripada Allah (AJ), Nabi ﷺ, dan Shaykh kamu
Yang membimbing mula mengajar kita cara hakikat. Sebab itu adalah penting; kita katakan di saat kini, apabila mereka mula membuka banyak cahaya, cahaya ini yang terbuka menggantikan keadaan yang dahulunya sukar untuk cahaya masuk ke dunia; banyak keajaiban cahaya, banyak keajaiban peristiwa.
Cahaya ini boleh melindungi manusia daripada radiasi yang mana kebanyakan manusia mati akibatnya. Cahaya ini cukup untuk membawa keberkatan ke alam semesta agar ‘Zilzalah’ atau gempa bumi yang Allah (AJ) turunkan tidak menghancurkan kesemuanya; tidak terbayang di minda hakikat, tidak terbayang nikmatnya.
Tetapi apa yang penting dan apa yang kami harapkan ialah orang membuat lelaman ilmu, yang fahami bahawa barakah bukan daripada kamu. Dan yang bertutur ini tahu ia bukan datang daripada beliau, ia daripada Allah (AJ), ia daripada Sayidina Muhammad ﷺ, Ia daripada fa’iz Sheikh, Sultan al Awliya Mawlana Shaykh Muhammad Nazim Haqqani ق dan Mawlana Shaykh ق – Beliau sudah mengetahuinya. Maka beliau memberi kuasa dan ijaza daripada Sultan al Awliya Mawlana Shaykh Muhammad Nazim Haqqani ق, sebagai wakil dan khalifa Mawlana Shaykh ق; dan ijaza daripada Mawlana Shaykh ق. Ini bermakna yang bertutur ini sudah tahu hakikat sebenarnya.
Tidakkah kami menemui kamu tersesat, miskin, dan buta? Kami memberi petunjuk kepada kamu, mencukupkan kamu, dan membuat kamu melihat
Tetapi yang membahayakan ialah apa yang berlaku itu terdapat banyak barakah akan datang, terlalu banyak cahaya yang dekat, terlalu banyak hakikat, dan, pembukaan yang hadir, yang mana jika kita ada sedikit penyakit dalam diri kita akan rasakan yang ini dari kita. Ini ialah dariku. Ini disebabkan kepandaianku. Nauzubillah. Mereka mengajar bukan itu; bukan! Tidakkah kami menemui kamu dalam keadaan fakir dan kami mencukupkan kamu? Tidakkah kami menemui kamu dalam keadaan hilang dan kami memberi petunjuk kepada kamu. Tidakkah kami menemui kamu dalam keadaan buta dan kami mencelikkan kamu? Oleh yang demikian, kamu sentiasa membaca semua lagu pujian para Wali Allah, inilah lagu Wali Allah – “iaitu Rahmat yang menakjubkan sebelum ini aku buta dan kini aku celik.” Bagaimana sukarnya untuk hamba Allah (AJ) dapat melihat?
Seumur hidupmu, kamu boleh meluangkan masa untuk membuat amalan dan tidak dapat melihat apa-apa pun. Tetapi jika tangan mereka berganding dengan alam malakut, mereka hanya perlu tekankan butang tukar dan ruh kamu dapat mula melihat tetapi bukan daripada kamu; ia daripada naungan mereka, ia daripada kewibawaan (kuasa Allah berikan) kepada mereka. Ini bermakna apabila barakah terbuka luas, semua orang akan melarikan diri. Semua akan berfikir, “Oh aku perlu buat ini, barakah ini ada bersamaku.’” Jika kita tidak menulis dan mengesahkan ia; tidak, tidak, ini adalah keadaan yang mulanya aku datang (dhaif dan lemah), dan penujuk ini yang menunjukkan aku segala-galanya, yang mana aku dahulunya tidak tahu ia dari ruhku yang terendah dari alam itu.
Tulislah bagaimana Wali Allah memperbaiki keimanan dan keadaan
Lihatlah bagaimana keimananku berubah, pandanganku berubah, pengalamanku berubah dan interaksiku bersama Sayidina Muhammad ﷺ, beserta Wali Allah berubah, kesemua tentang hidupku berubah. Maka, lihatlah kesemua yang menakjubkan tentang rezekiku yang terendah; tidak kesemuanya bergantung kepada bagaimana seseorang mendapatkan wang. Tetapi, keadaan yang mereka berada, dan bagaimana keimanan bertambah baik, bagaimana keluarga mereka bertambah baik, bagaimana keluarga mereka semua dilindungi, dan tunggulah sehingga anak-anak mereka yang berumur 12 hingga 13 tahun berzikir bukannya di luar rumah menghisap ganja, Nauzubillah. Barulah akan kamu faham erti sebenar kuasa petunjuk.
Kemudian belajarlah dari pengalaman di kalangan mereka yang lari (meninggalkan jalan ruhaniyah ini), dan kesukaran yang dihadapi oleh keluarga mereka, kerana mereka kaitkan barakah daripada diri mereka sendiri. Syaitan menipu mereka, mengasingkan mereka. Dan mereka hilang cahaya, mereka hilang barakah, mereka hilang manifestasi (paparan luaran; contoh). Dan mereka bersendirian dengan syaitan, dengan kesukaran yang menimpa keluarga mereka, kesukaran menimpa anak-anak mereka. Dan itu sahaja yang syaitan inginkan.
Lantas jika kita tidak saling ingat-mengingatkan antara kita sebagai masyarakat sejagat, sebab ini bukan hanya kerana kamu atau saya, tetapi sebagai masyarakat, galakkan setiap orang untuk menulis artikel dan beritahu kami tentang keadaan dari mana kamu datang? Bagaimanakah tariqa memperbaiki kamu, bagaimana zikr memperbaiki kamu, bagaimana semua aspek kehidupan kamu berubah. Bagaimanakah kamu mempunyai janggut, saya mempunyai gambar bersama lelaki yang tidak berjanggut. Bagaimankah kamu memakai serban dan kamu berada sepenuhnya dalam sunnah, dan kamu memandu keliling dengan serban dalam sunnah Nabi ﷺ. Inilah yang menakjubkan.
Setiap yang kita lakukan hanya untuk Allah (AJ) dan Sayidina Muhammad ﷺ
Mereka (Wali Allah) adalah pelindung Iman, dan mereka menggalakkan amalan. Dengan cahaya dan cinta, dengan peringatan yang berterusan untuk saya, maka saya sering diingatkan tentang alam hakikat. Jika saya sering diingatkan tentang hakikat alam sebenar, maka saya tidak mengaitkan apa-apa pun dengan diri saya. Apabila kamu mula merasakan fa’iz dan cahaya itu dari diri kita, itulah yang bahaya. Larilah!. Kamu lari daripada mendengar Syaitan dan dia yang buat kita pergi (meninggalkan hakikat sebenar jalan ruhaniyah). Sekarang adalah masa yang bahaya untuk pergi dan meninggalkan jalan ini.
Kita berdoa bahawa Allah (AJ) berkati kita, lindungi kita dan Allah (AJ) mendorong kita agar tetap benar kepada diri kita. Dan kita sentiasa berada dalam muhasabah, dan apa itu yang Allah (AJ) inginkan?, apa itu yang Nabi ﷺ inginkan? Maka, ‘Ya Rabbi, janganlah kau biarkan aku walau sekelip mata, kepada ego(nafsu)ku.’ Maka semuanya harus dilakukan kerana Allah (AJ) dan Sayidina Muhammad ﷺ, tiada satu pun untuk diri sendiri. Kamu tidak lakukan sesuatu untuk memberikan laluan untuk seseorang; kamu tidak melakukan sesuatu kerana inginkan sesuatu atau balasan; Kamu lakukan. Kamu lakukan hanya kerana cintakan Allah (AJ) dan Sayidina Muhammad ﷺ dan tidak mengharapkan apa-apa pun balasan.
Kita beri Bayah, Kita tidak ambil Bayah, (Kesetiaan)
Maka kita tahu yang niatkan bersih, pemahaman kita jelas; kita katakan dalam setiap aspek yang diajarkan walaupun kita katakan kita beri bayah dan kita tidak ambil bayah. Ambil bayah bermakna saya mengambil sesuatu daripada sini dan saya akan kemari dan saya akan mengambil sesuatu dari kamu. Dan kamu adalah salah. Mereka mengajar kita; tidak, kamu datang untuk memberi.
Bayah kamu itu untuk Allah (AJ) melalui tangan Sayidina Muhammad ﷺ.
“Qul inna salati wa nusuki, wa mahyaya wa mamati lillahi Rabbil ‘Aalamin.” Katakan: Yang saya akan berikan ialah solat saya, diri (pengorbanan) saya, hidup saya, (keluarga saya, kekayaan saya), mati saya, kesemuanya untuk Allah (AJ) yang akan mengambilnya. Walaubagaimanapun, yang lebih tinggi ialah mereka yang memberi diri mereka.
﴾قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿١٦٢﴾ لَا شَرِيكَ لَهُ ۖ وَبِذَٰلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ ﴿١٦٣
6:162-163 – “Qul inna salati wa nusuki wa mahyaya wa mamati lillahi Rabbil ‘Aalamin. (162) La sharika lahu wa bidhalika omirtu wa ana awalul Muslimin. (163)” (Surat Al-An’am)
“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan pengorbananku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (162) Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama – (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya) (163)” (Surat Al-An’am, 6:162-163)
Pulangkan apa yang diamanahkan
Lantas kita datang untuk memberi dan bukan mengambil. Mereka boleh merubahkan kotoran kepada emas dan kita melihat di pusat sekarang; emasnya, perhiasan, ia oasis di tengah kota Vancouver. Dengan cara ini dan jalan Pusat Naqshbandi, kota ini masih belum dimusnahkan. Jika ditakdirkan banyak bencana boleh menimpa. Tetapi dengan kebajikan zikr dan cahaya yang Allah (AJ) menghiasi alam hakikat, kota ini terselamat, yang mana kita tidak boleh bayangkan.
Ini bermakna bahawasanya kita perlu istiqamah dalam muhasabah, jangan kaitkan ia dengan diri kamu. Kamu berkata, tidak Shaykh saya yang beri; Saya beri kamu gambar ini; Saya beri wang. Awak silap! Beri bermakna yang kamu melihat diri kamu sejak awal dalam kamu beramal dan ini bermakna, kamu telah melakukan shirk secara terlindung seolah-olah kamu yang punya, kamu yang membawanya dari syurga, kamu yang membuatnya, dan sekarang kamu mempunyai hak untuk memberi. Tetapi mereka ajar seperti kepetahan bertutur, seperti tarian ballet, ia adalah kepetahan dengan ego dan dengan hakikat alam. Allah (AJ) yang menghiasi kita, kita pulangkan apa yang Allah amanahkan. Mengapa? Ini disebabkan kamu adalah hamba Allah (AJ) yang amanah.
Lelaki Ruhaniah tidak dilalaikan oleh perniagaan atau perdagangan
Allah (AJ) menerangkan di dalam Al Quran, supaya kamu ingin membaca Surah An-Nur (Cahaya), siapakah lelaki ruhaniah? Mereka adalah golongan yang mana tiada perniagaan ataupun perdagangan yang boleh melalaikan, mengelirukan atau memesongkan tumpuan mereka daripada Allah (AJ).’
﴾رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللَّـهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ﴿ ٣٧
24:37 – “Rijalun la tulheehim tijaratun wa la bay’un ‘an Dhikrillahi wa iqamis Salati wa eetayiz Zakati…” (Surah An-Nur, 24:37)
“Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan zakat…” (Surah An-Nur, 24:37)
Apakah maksudnya? Mereka faham bahawanya segala yang datang kepada mereka ialah daripada Allah (AJ) dan disebabkan mereka adalah hamba yang amanah, mereka hanya menyimpan apa sahaja yang Allah (AJ) kirimkan. Bukan mereka yang beri, semuanya adalah amanah Allah. Dan maka dengan amanah, mereka sekadar membuat apa yang Allah (AJ) inginkan mereka buat, mereka buat apa yang Nabi ﷺ inginkan mereka buat, dan mereka hidup dalam kepasrahan atau penyerahan.
Ini bermakna jika kita tidak faham, syaitan bermain dengan kita dan kunci tetap terkunci. Bagaimanakah dapat kita membuka jika ianya akan membuat kita sakit? Tetapi apabila kita jelas dengan pemahaman ini bahawasanya kesemuanya datang dari Allah (AJ), dan kita hanya penjaga. Dan penjaga yang diberi kepercayaan juga ada derajatnya. Apa sahaja yang datang, mereka beri, mereka hanya ambil minimum yang diperlukan sahaja untuk bertahan; yang bakinya untuk Allah (AJ) yang menubuhkan atau membangkitkan sesuatu melalui mereka.
Jangan kaitkan apa-apa pun dengan diri kamu, semuanya daripada Allah (AJ)
Walaupun dalam pekerjaan kamu, jika kamu fikir yang kamu mendapat hasil daripada kamu, kamu sudah pun membuat silap kerana Allah (AJ) berkata,” Aku yang mengawal hati. Aku yang membuka pintu hati seseorang. Aku membuka hati mereka untuk menghantar nikmat tersebut kepada kamu, dan jika aku mahu, aku boleh menutup hati mereka dan kamu tidak akan menerima hasil.” Penyakitnya ialah apabila kita katakan, “Aku berhasil, aku yang mendapatkan untung!” Sesudah itu, semuanya kamu kaitkan dengan diri kamu; aku yang mendapat hadiah, aku yang membawa keuntungan. Tidak, tidak! Kamu tidak mendapat sebarang pampasan. Jika Allah (AJ) bahagia, Nabi ﷺ bahagia, Wali Allah bahagia, mereka memberi inspirasi kepada hati orang-orang untuk memberi kamu pampasan atau sokongan. Jika seseorang datang memberi kamu untung, ketahuilah itu adalah amanah, yang diamanahkan kepada kamu dan kamu harus memulangkannya. Maka sentiasa beristiqamah dan melawan diri, melawan diri, dan terus melawan diri dan jangan biarkan diri kamu memikirkan ianya daripada diri kamu.
Jangan sekali-kali percaya kepada diri, jangan percaya kepada diri, ingatlah, jangan percaya kepada diri. Tetapi percaya kepada Shaykh, sandarkan kepada Shaykh. Itulah cara Sayidina Muhammad ﷺ; itu yang dimaksudkan dengan ihtiba (ketaatan), yang mana para sahabi, (sahabat-sahabat Nabi Muhammad ﷺ), mereka percaya kepada Nabi ﷺ, mereka sandarkan kepada Nabi ﷺ, dan percaya kepada Nabi ﷺ. Kesemuanya hanya cinta Sayidina Muhammad ﷺ. Mereka tidak pernah melihat Allah (AJ), mereka tidak pernah melihat buku yang diturunkan. Tetapi mereka berjuang dan mati, dan mereka hidup dan mereka bernafas hanya kerana cinta akan Sayidina Muhammad ﷺ.
Kita memohon agar di bulan yang penuh barakah ini, bulan Rejab, bulan Sha’ban, bulan Ramadhan, Allah (AJ) membuka untuk kita hakikat alam malakut, hakikat cahaya, dan membawa kita semakin hampir, dengan alam hakikat Sayidina Muhammad ﷺ dan Wali Allah. Ameen!
Astaghfirullah al-Adhim wa atubu ilaih (Kami mohon keampunanmu ya Allah, serta maghfirahmu dan kami bertaubat kepada MU).
Subhana rabbika rabbal ‘izzati ‘amma yasifoon, wa salaamun ‘alal mursaleen, walhamdulillahi rabbil ‘aalameen. Bi hurmati Muhammad al Mustafa wa bi sirri Surat al Fatiha.
Penghargaan istimewa kepada mereka yang membantu dalam mentranskripsikan serta menterjermahkan syarahan ini.
Tarikh asal syarahan: November 23, 2018
Kaitan Artikel:
- Holy Face is Dressing Saintly Guides 7007
- Guides of Light/Malakut and Sound
- Deeply Rooted Guides Connect you with your Reality
- Muttaqeen (People of Consciousness) Teach You to Fast With All Five Senses
- Control 5 Senses to Open the Soul
- Attuning to the Master of Sound, Light and Energy
- Those Who Follow Zikr and Command from Unseen World – YaSeen 36:11
- AwliyaAllah Are Walking Hadith – Allah Opens their Senses
- Fulfill Your Trust Amanat, Covenant Ahd , and Your Allegiance (Bayah)
Tolonglah menderma dan memberi sokongan dalam menyebarkan ilmu akhirat
Hak cipta © 2021 Pusat Islam Naqshbandi, Vancouver, Hak cipta terpelihara