
Mampukah Anda Menghadapi Kehadiran Imam Mahdi (as), Isa (as), Musa (as), Kuarantin Covid-19
Daripada Hakikat Mawlana (Q) yang diajarkan oleh Shaykh Nurjan Mirahmadi
A’udhu Billahi Minash Shaitanir Rajeem
Bismillahir Rahmanir Raheem
Aku berlindung kepada Allah daripada Syaitan, yang dilaknati
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, lagi Maha Mengasihani
Kisah Sayyidina Nuh (as) menunjukkan bagaimana Iman kita diuji
Allah (AJ) memberi qisas (kisah) dalam Al Qur’an Kareem dan segala-galanya di dalam kehidupan berulang kembali. Maka, kita tidak perlu mencari jauh untuk mengetahui dan mengambil iktibar dalam masa Sayyidna Nuh (as). Dan Sayyidina Nuh (as) dan lataif al qalb berkait rapat dengan peringkat iman dan perjuangan. Ia di bawah warna merah, dan berkait dengan hakikat perjuangan untuk iman dan perjuangan itu, menghasilkan buah iaitu iman.
Sayyidina Nuh (as) diarah untuk membina kapal di atas gurun sebagai persiapan menghadapi tengkujuh. Dan masyarakat waktu itu berfikir bahawa hujan tidak pernah turun selama 40 tahun dan mengapa harus mereka bina kapal dekat dengan air? Dan setiap mereka mempunyai kapal. Iaitu ruh mereka. Dan setiap orang akan diuji dalam hidup, apa yang akan kita mulakan malam ini.
Sesiapa yang mempunyai Sifat Malaikat berjuang untuk Selamat
Setiap arahan, setiap pengajaran, setiap sesuatu ialah sebagai itibah, (pengajaran), untuk mengikut apa yang Allah (AJ) inginkan untuk masuk ke lautan taat dan apabila pendengaran tidak menyerah, bagaimanakah pula keadaan hati dan apakah kondisi hati? Maka, Allah (AJ) berikan kepada kita cerita bukan untuk kita baca hanya sebagai cerita silam, tetapi para awliyaullah (wali) datang dan menjadikan cerita itu satu hakikat, tetap segar dalam hidup kita.
Kini, Sayyidina Nuh (as) sedang membimbing hati kita sekarang. Mereka mempunyai hakikat abadi, yang apa Allah (AJ) berikan kepada kita untuk menguji iman dan melihat siapa yang akan menaiki kapal dengan arahan yang Allah (AJ) berikan. Dan simbol yang membawa kemarahan kepada manusia dan dalam hakikat manusia menjadi marah apabila kita cuba membimbing mereka. Ini adalah sifat buruk manusia. Sesiapa yang akhlaknya seperti malaikat, merea dalam taslim (penyerahan) dan mereka ingin langsung hidup dan selamat. Mereka yang berada dalam penindasan ruh mereka, mereka sentiasa menyerang balik kerana itu bukan mereka, bukan ruh mereka yang bertanggungjawab tetapi nafsu mereka yang berkuasa.
Jangkakan tindak balas Nafsu Amarah apabila kamu menyokong Pembawa Utusan
Dan oleh sebab itulah contoh mengapa Nafsu mereka sentiasa hadir, Surah YaSeen, seperti biasa, pengutus datang menyampaikan risalah. Dan sesiapa yang bertugas untuk Nabi ﷺ mereka menyampaikan bimbingan – tiada risalah – tetapi mereka menyampaikan bimbingan daripada sanubari Sayyidina Muhammad ﷺ. Dan Surah YaSeen menghuraikan jika kamu tidak berhenti bercakap, kami akan membaling batu ke arah kamu, dan dia bertanya dan ini sentiasa di dalam kehidupan kita.
﴾قَالُوا إِنَّا تَطَيَّرْنَا بِكُمْ ۖ لَئِن لَّمْ تَنتَهُوا لَنَرْجُمَنَّكُمْ وَلَيَمَسَّنَّكُم مِّنَّا عَذَابٌ أَلِيمٌ ﴿١٨
36:18 – “Qaaloo inna tataiyarnaa bikum la’il-lam tantahoo lanar jumannakum wa la-yamassan nakum minnaa ‘azaabun aleem.” (Surat YaSeen)
“Penduduk bandar itu berkata pula: “Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. (Surat YaSeen, 36:18)
Apabila kamu cuba untuk membimbing manusia ke arah kebaikan dan berakhlak mulia, tindak balas mereka bersebab Allah (AJ) inginkan kita tahu – adakah kamu memahami fisiologi dan psikologi manusia? Kamu tidak perlu hadiri kelas yang diajar oleh orang gila. Allah (AJ) memberi hakikat yang terbaik. Sebaik sahaja kamu membimbing seseorang ke arah kebaikan, sikap buruk mereka ialah, “Aku akan membaling kamu dengan batu, dan kalau kau tidak berhenti, aku akan membunuhmu menggunakan batu ini.” Dan tindak balas ialah, “Mengapa? Adakah kerana aku mengingatkan kamu tentang kebenaran? Adakah kamu marah sebab kamu diingatkan tentang kebenaran? Apa yang kamu lakukan adalah salah. Apabila kamu melepasi garisan benar dan salah, ianya adalah salah.” Kesalahan itu akan membuka kepelbagaian kesukaran.
﴾قَالُوا طَائِرُكُم مَّعَكُمْ ۚ أَئِن ذُكِّرْتُم ۚ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ ﴿١٩
36:19 – “Qaaloo taaa’irukum ma’akum; a’in zukkirtum; bal antum qawmum musrifoon.” (Surat YaSeen)
“Rasul-rasul itu menjawab: “Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau.” (YaSeen, 36:19)
Pengaruh Shaytan masuk ke Kapal Iman Sayyidina Nuh (as)
Sayyidina Nuh (as) membina sebuah kapal untuk iman dan kaumnya begitu marah. Oleh kerana itu mereka membuat keputusan untuk membuang air besar dan najis mereka di kapal tersebut. Pembinaan kapal itu sebagai najat serta menyelamatkan kaumnya. Nabi Nuh (as) boleh membina sesuatu yang kecil, tetapi Allah (AJ) mengajarnya membina untuk semua makhluk dan kaumNya. Betapa Allah (AJ) mencintai ciptaanNya.
Apabila mereka berlaku zalim terhadap binatang, menganiaya binatang, mereka menyeksa manusia, menyeksa binatang dan Allah (AJ) memberi isharat untuk kaum Nuh (as) untuk menyelamatkan mereka. Haiwan, tiada masalah, mereka datang ke kapal dan tiada masalah. Kaumnya, ingin membuang air besar dan meletakkan semua najis mereka ke dalam kapal dan mereka terus membuang, membuang dan terus-menerus membuang, sehingga kapal tersebut dipenuhi dengan perbuatan keji syaitan. Dan setiap hari dalam hidup kita berdua’ Ya Rabbi, aku diatasi, syaitan membuang najis ke atas semua perkara yang kami cuba untuk berbuat baik. Ia tidak membiarkan kami untuk berlari ke garisan tamat.
Setiap perilaku mereka mengadakan kesusahan dan apa yang Allah (AJ), “Fata abwaba al sama.” “Aku akan menghantarkan sokongan untuk mu. Jangan bimbang tentang syaitan. Kamu buat apa yang aku suruh membuatnya. Aku akan membuka syurga. Pintu syurga akan mengeluarkan air yang melimpah-ruah. Air itu akan menyucikan setiap kesusahan, jauhkan daripada mereka yang beriman.
﴾فَدَعَا رَبَّهُ أَنِّي مَغْلُوبٌ فَانتَصِرْ ﴿١٠﴾ فَفَتَحْنَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ بِمَاءٍ مُّنْهَمِرٍ ﴿١١
54:10-11 – “Fada Aa rabba hu annee Maghloobun Faintasir. (10) Fa fatahna abwaba al sama bi ma in munhamirin.” (11) (Surat Al- Qamar)
“Lalu dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ini dikalahkan (oleh kaumku yang ingkar), oleh itu menangkanlah daku (terhadap mereka)! (10) Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah.(11 )” (Surat Al-Qamar, 54:10-11)
Allah (AJ) menghantar Virus dan Penawar di zaman Sayyidina Nuh (as)
Maka, apa yang Allah (AJ) jadikan sebagai najat (penyelamat) untuk kapal, salah seorang daripada mereka – ini adalah penting untuk kehidupan kita – dia datang untuk membuang air besar di dalam kapal tersebut untuk mendatangkan kemarahan Nabi Allah (AJ) dan untuk menyakiti hati Nabi Nuh (as). Dia mula membuang air besar dan tergelincir dan terjatuh di atas najisnya. Dia terus berlari ke rumahnya beserta najisnya. Dia kemudiannya mendapati ada najis yang melekat yang mana dia terjatuh diatasnya, tetapi yang penting, dia membuang air besar dan najis ke dalam kapal, dan Sayyidina Nuh (as) kecewa dengan perbuatan mereka, Allah (AJ) menghantar virus.
Kulit mereka mula bisul dan lepuh seperti dukhan, asap hitam mula menurun ke arah manusia. Dan mereka mula mempunyai penyakit ngeri di seluruh badan dan terus membuat kejahatan di dalam kapal sehigga seorang yang tadinya tergelincir di atas najisnya mendapati bahawa bisul serta lepuh dikulitnya hilang dan sembuh. Allah (AJ) memberi penawar dalam najis di kapal yang penuh barakah itu.
Dia, terus pergi ke kota dan berkata, “Demi Tuhan, kamu tahu, aku telah dapat penyelesaian. Aku dapat penawarnya.” Dan mereka berlari ke arah kapal tersebut. Mereka meletakkan kesemua najis yang tadinya mereka buang di kapal dan menyapunya ke seluruh tubuh mereka. Tidakkah kamu melihat di berita sekarang? Semua orang meletakkan segala benda gila di tubuh mereka untuk mendapatkan penyelesaian – sehingga mereka membersihkan kapal. Tidak ada lagi najis di dalamnya dan Allah (AJ) memberi kepada Nabi (as),”Jangan bimbang, mereka akan membersihkan kapal ini. Aku akan menghantarkan penyakit dan mereka akan membersihkannya. Mereka akan mengeluarkan segala najis yang ada. Najis itulah yang membersihkan mereka.
Semua yang mengejek sebelumnya kini menyerah
Dan Allah (AJ) memberi inspirasi ke hati mereka. Wahai manusia! Yang mana kamu mengejek di dunia, cara mereka bersolat, cara mereka berpakaian, hijab yang mereka pakai niqab yang menutupi. Mengapa mereka tidak minum, mengapa mereka tidak menghisap rokok, mengapa mereka tidak menari, mengapa mereka tidak membuat semua itu, mereka dikeji, mereka didera dan ramai juga yang teraniya disebabkan kepercayaan mereka.
Allah (AJ) sekarang membuat seluruh dunia taslim (menyerah). Allah berkata Aku sudah melakukan sebelumya. Aku sudah melakukannya sebelumnya. Apa-apa sahajalah, yang masuk ke dalam dunya (dunia kebendaan), ia membawa kerajaan Allah (AJ) ke atas bumi ini. Jika sesiapa yang berfikir kerajaan Allah (AJ) ialah berpesta, meminum dan melakukan maksiat, itulah yang akan menjadi penyakit yang akan merebak dan tiada shifa (kesembuhan). Ini bermaksud virus ini, apabila ia masuk ke dalam badan, ia makan memamah insan (manusia). Dan jika insan membuat sesuatu dan memamah segalanya yang ada dalam insan, Dan apakah shifanya? Jangan keluar, jangan pergi ke kelab, jangan pergi ke kelab malam, jangan berkumpul di tempat maksiat dengan niat bermaksiat.
Konsep Wudu kini berlaku untuk semua
Belajar bersuci. Dan kini seluruh dunia belajar berwuduk (mengambil air sembahyang). Bukan sahaja bersuci secara ringkas, mereka kini membuat video, memberi arahan untuk memastikan sarung tangan berwarna biru. Mereka berdebat tentang wuduk. Bukan begini… awak harus buat begini, bukan, bukan begini (Shaykh menggosok jarinya). Mereka belajar cara berwuduk. Mereka belajar bagaimana menyucikan siku, ada sesuatu di sini, yang berkait dengan jangkitan dan penyakit, apa yang Rasulullah ﷺ berikan untuk menyucikan tangan. Mereka belajar menyucikan mulut. Mereka belajar menyucikan hidung dan mereka belajar menyapu telinga yang mana mereka katakan jangkitan masuk melalui belakang rongga telinga dan saluran telinga. Mereka belajar cara menyucikan, mereka memakai pakaian seragam pembedahan, dan menutup kepala mereka.
Setiap apa yang kamu lihat ialah, subhanallah. Kuman ini membawa kerajaan Allah ke bumi; membawa hakikat yang Allah (AJ) inginkan untuk bumi ini, akan tetapi ia telah diatasi oleh Syaitan. Dan ini adalah hakikat dalaman yang kita lihat seakan sesuatu yang sangat menyeramkan. Ya, sebab penghakiman Tuhan akan turun dan akan menimpa. Kerajaan Tuhan akan turun. Ia akan berada di dunia seperti di syurga, yang mana Allah (AJ) dan makhluk ciptaannya berserah kepada Allah dan Allah tidak menyerah kepada makhluknya.
Penyakit dan Penawar dalam masa Nabi Musa (as)
Maka mereka dengar dan mereka patuh, Atiullaha wa atiur Rasula wa Ulil amre minkum.
﴾أَطِيعُواللَّه وَأَطِيعُوٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ… ﴿٥٩…
4:59 – “…Atiullaha wa atiur Rasula wa Ulil amre minkum…” (Surat An-Nisa)
“… Patuh kepada Allah, Patuh kepada Rasulullah, dan mereka yang berkuasa di antara kamu…” (Surah An-Nisa, 4:59)
Dan ulil amr (wali) mula mengajar kita apabila Allah (AJ) berkata masuk, masuk. Oleh kerana kita juga tahu daripada Sayyidina Musa (as), satu perintah datang sekarang penyakit akan masuk ke kampung untuk kejatuhan Firáun dan agar dia merendah diri sebab Firáun tidak mudah merendah diri. Dan semua diperintah untuk berada di dalam rumah dan mereka diperintah untuk menandakan rumah dengan darah kambing yang mereka membuat nazar dan korban. Sehingga kini, masih ada misbah di pintu mereka iaitu azimat untuk mengingati peristiwa tersebut yang Allah (AJ) memberi arahan di dalam Qur’an. Apabila arahan menyuruh masuk ke dalam rumah, maka masuklah ke dalam rumah. Sesuatu akan keluar yang kita tidak faham dan akan berlaku, ianya daripada hakikat ruhaniah.
Kerajaan Allah (AJ) akan turun ke Bumi
Maka, ini semua wujud di dalam sejarah. Kita mempunyai kefahaman, Dan daripada dunia cahaya, hakikat dari kerajaan Allah (AJ) datang ke bumi, Dari dunia cahaya, tidak ramai orang yang boleh menerima kerajaan itu. Dunia cahaya, keagungan dan kebesaran tidak mudah untuk dipikul. Tidak semua boleh memikul hakikat tersebut di dunia dan ramai ulil amr (wali), mereka lumpuh disebabkan oleh tenaga dan kekuasaan dan kebesaran dan ramai memilih agar tubuh mereka meninggal. Tetapi dari dunia cahaya apabila kita katakan bahawa personaliti yang diberkati ini kini “masuk” ke dalamnya.
Carilah jalan menyucikan diri seperti Rabbaniyun
Setiap manusia masuk ke dalam rumah. Allah (AJ) membawa penyerahan ke seluruh alam. Tiada yang keluar untuk meminum, tiada kejahatan. Duduk di rumah, solat dan betapa untuk mendapat jawapan dan huraian. Dan kemudian Allah (AJ) huraikan daripada dunia cahaya bahawa cahaya Imam Mahdi (as) akan datang, jika kaum Taurat (Torah), apabila mereka pergi ke tablet Sayyidina Musa (as), mereka tidak dapat berada disisi tablet tersebut. Setiap kali mereka bertanya Nabi Musa (as), Setiap kali mereka ziyarah tablet tersebut, mereka akan mati. Mereka belum sampai ke tahap kesucian. Maka tablet tersebut dikunci dengan kain dan disimpan oleh malaikat dan hanya rabbaniyun (ruh ketuhanan) boleh masuk setelah berpuasa selama tiga hari. Mereka akan masuk ke dalamnya dan mendapat tabarak dan.
Ruh kamu akan diberi pilihan di akhir zaman
Jika kamu berfikir tentang tablet, ia memerlukan, apakah pula tentang yang datang dengan perjanjian Allah (AJ) dengan hatinya? Itulah mereka yang datang dengan petunjuk lengkap, lengkap untuk hakikat Muhammadan sehingga mengantar ke permainanan terakhir. Dengan tahap apakah kesucian insan (manusia) mesti ada? Maka, ini bermakna dalam masa 10 hari terakhir, ramai yang tidak akan dapat bersama tubuh mereka. Sesiapa yang percaya, tubuh mereka harus meninggal dan pada waktu itu, Allah (AJ), inshaAllah, memberi ruh, pilihan – sama ada ia ingin pergi atau ingin berkhidmat ke kerajaan Tuhan?
Ini bermakna awliyaullah (wali), dakwah mereka bukan hanya untuk manusia sahaja, dan fizikal mereka. Dakwah mereka juga untuk mereka yang telah meninggal dunia dan untuk ruh semua insan (manusia). Dakwah mereka sangat berharga kepada Allah (AJ). Allah (AJ) tidak menganggap tubuh mereka sebagai berharga. Petunjuk Allah (AJ) ialah untuk ruh. Itu yang kekal, diberi petunjuk. Jika tubuh tidak mengikut petunjuk, maka tinggalkan tubuh daripada jalan dan kamu akan melihat ruh berdiri di sana. Apabila tubuh tinggal, ruh berdiri dan ruh memberi perhatian. Ia tiada lagi mempunyai nafs (ego). Ia tiada lagi nafsu fizikal.
Pada masa itu, tawaran akan diberi: Adakah kamu ingin memberi khidmat? Dan jika kamu kata Ya, kamu telah menepati janji dengan Allah (AJ). Saya tidak berfikir ramai yang berkata tidak. Itulah dakwah. Ruh itulah yang para awliyaullah memberi dakwah. Maka, dalam sepuluh hari terakhir apabila kamu tidak melihat Iza jaa-a nas rullahi walfath, maka pada hakikatnya barisan manusia bukan yang datang secara fizikal.
﴾إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّـهِ وَالْفَتْحُ ﴿١
110:1 – “Idha jaa a Nasrullahi wal Fath.” (Surat An-Nasr)
“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad Berjaya” (Surat An-Nasr, 110:1)
Capailah perjanjian kamu dan tawarkan diri kamu untuk berkhidmat
Sebaik sahaja kamu mendengar tentang musibah di akhir zaman, ianya semakin hebat sebab meningkatnya dakwah. Sepuluh ribu telah pergi, ratusan ribu telah pergi. Pergi ke mana? Tiada yang rugi bagi Allah (AJ). Sepuluh ribu ke mana? Sepuluh ribu ketepi, tetapi sepuluh ribu ruh kini melihat mereka dan awliyaullah (wali) ini yang menangkap mereka. Mereka berkata, ‘Kamu telah sampai kepada ahad dan perjanjian kamu kepada Allah (AJ) dan tawarkan diri kamu untuk berkhidmat sebab kerajaan Tuhan akan turun.’
Maka bayangkanlah kekuasaan dan keagungan yang Allah (AJ) kurniakan. Bagaimanakan ruh ini datang kepada hakikatnya? Bagaimana ruh ini sampai kepada perjanjiannya? Bagaimanakah mereka mencapai cahaya? Bagaimanakah kuasa mereka dan kesemua mereka mengelilingi shuyukh dan awliya (wali)? Bukan 10 fizikal manusia, tetapi 10 juta ruh atau jutaan ruh yang kelilingi mereka oleh kerana mereka dapat melihat cahaya. Ruh tiada masalah dengan nafs (ego) yang diketepikan, melihat cahaya dan mengemis kepada Allah (AJ), ‘Apa yang aku tidak dapat capai di kubur, Ya Arhama Rahimin Irhamna. Ampunilah aku, kurniakanlah kepadaku CahayaMu.” Mengapa Allah (AJ) berkata, ‘Tidak! Tidak! Aku tidak akan berlaku sedemikian.’ KataNYA, ‘Pergilah Berkhidmat!.’ Tepati perjanjianmu. Capai tujuan dengan cahayamu. Kau akan dapat berkhidmat, sehingga turunnya Sayyidina Mahdi (as), Sayyidina Isa (as). Bukan yang lemah, fizikal manusia yang berkhidmat. Jika mereka boleh capai dengan tubuh mereka, alhamdulillah. Jika Allah (AJ) mendapati perlu tubuh mereka, alhamdulillah. Jika tidak, maka ruh sahaja dan tiada yang rugi di jalan Allah (AJ).
Makam Shuhada adalah Rahma daripada Allah (AJ)
Apabila fizikal ini meninggal, ruh mereka akan dibawa ke hakikat. Dan oleh yang demikian, Sayyidina Muhammad ﷺ menekankan, ‘Jika kamu mati akibat wabak ataupun virus, daripada ta’un, kamu akan dikurniakan makam shuhada. Seolah-olah kamu mati dalam berjihad di jalan Allah (AJ).’
Bayangkanlah mereka yang percaya, dan mereka diambil dengan kesusahan ini dengan kebijaksanaan Allah (AJ). Tetapi kamu mula memahami sedikit kebijaksanaan. Bahawasanya Allah (AJ) ingin memberi tubuh-tubuh itu maghfirah (kemaafan). Jika tidak, Allah (AJ) akan memanggil bandar-bandar tersebut untuk kiraan maka pastinya mereka akan dihukum.
Tiada hukuman untuk mereka yang menjadi Shaheed
Dan rahma Allah (AJ), meliputi sifat mengasihani Allah (AJ) disebabkan oleh kata-kata Sayyidina Muhammad ﷺ kepada seluruh makhluk Allah (AJ). Jika kamu mati kerana virus, mati yang mengejut, mati lemas, Allah (AJ) akan mengurniakan kamu shaheed (shuhada’).
عَنْ جَابِرِ بِنِ عَتِيكٍ قَالَ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “اَلشَّهَادَةُ سَبْعٌ سِوَى اَلْقَتْلِ فِي سَبِيْلِ اللَّهِ ، اَلْمَطْعُوْنُ شَهِيدٌ ، وَالْغَرِيْقُ شَهِيدٌ ، وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجُنُبِ شَهِيدٌ ، وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ ، وَصَاحِبُ الْحَرِيقِ شَهِيدٌ ، وَالَّذِي يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ ، وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجَمِعٍ شَهِيدٌ.
[سُنَنْ أَبِي دَاوُدُ٣١١١[
‘An Jabiri bini ‘atykin qala, qala Rasulullahi ﷺ: “Ash shahadatu sab’un sewa alqatle fi sabilillah: Almat’onu shahidun, wal ghariqu shahidun, wa sahibu zatel junubi shahidun, wal mabtono shahidun, wa sahibul hariqi shahidun, wal lazi yamotu tahtal hadmi shahidun, wal maratu tamotu bejami’yin shahidun.”
Jabir ibn ‘Atik meriwayatkan bahawa Rasul Allah, berkata: “Terdapat 7 golongan yang mati Shaheed selain daripada yang terkorban di jalan Allah: mereka adalah, mangsa wabak; mereka yang mati lemas; mereka yang meninggal disebabkan oleh sakit jantung, yang mati kerana infeksi perut; mereka yang mati dalam kebakaran; mereka yang mati kerana terhimpit, dan wanita yang mati semasa melahirkan.” [Sunan Abi Dawud 3111]
Klaus ini ialah perjanjian shaheed (martyr) bermakna kamu tidak lagi dihakimi Allah (AJ). Akaun kamu dimeterai Allah (AJ) daripada penghakiman. Pada waktu itu, ruh itu tidak lagi dihakimi Allah (AJ). Mereka adalah shaheed. Mereka boleh memberi khidmat di jalan Allah (AJ). Dengan itu Allah (AJ) kurniakan mereka Rahmah, 100 peratus mereka akan berkhidmat. Maka, inilah Rahmah (mercy) Allah (AJ) yang tidak terhingga. Apabila kamu melihat bandar-bandar, serta masyarakatnya – jika mereka jahat, mereka tidak akan dapat mencapai hakikat ini. Dan jika mereka baik, Allah (AJ) mengurniakan mereka makam yang tertinggi yang boleh kamu capai di dunia kebendaan ini.
Sayyidina Muhammad ﷺ adalah Rahma untuk seluruh alam
Maka Rasulullah ﷺ berkata sesungguhnya nabi kepada semua kaum cemburu kepada makam shuhada, yang Allah (AJ) kurniakan kepada mereka yang tidak terbayang dan terutama makam shuhada daripada kamu dan masa Sayyidina Muhammad ﷺ. Apakah hakikat yang Allah (AJ) kurniakan kepada mereka? Maka, ini bermakna hanya kebaikan dan kebaikan. Dan ini adalah Rahmah Allah (AJ) dan Allah (AJ) mengutus Sayyidina Muhammad ﷺ untuk mengajarkannya. Oleh yang demikian Aku tidak akan mengutus kamu melainkan sebagai rahma bagi seluruh alam.
﴾وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ ﴿١٠٧
21:107 – “Wa maa arsalnaka illa Rahmatal lil’alameen.” (Surat Al-Anbiya)
“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau [Wahai Muhammad (s)] melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (Surat Al-Anbiya, 21:107)
Kerajaan Allah (AJ) perlukan akhlak mulia
Disebabkan sebaik sahaja kamu memberitahu mereka perundangan, satu hari mereka akan faham. Apabila kami mengakhiri zaman ini dan menuju ke arah akhir zaman, manusia tidak akan capai hakikat ini dan semakin banyak kematian akan berlaku disebabkan kemalangan, perang dan wabak dan kebuluran. Semua itu untuk menganugerahkan mereka makam yang tinggi dan hakiki.
Tetapi untuk kami itu adalah petanda bahawa cahaya akan datang, hakikat ini datang, kerajaan Allah (AJ) akan datang dan semua perlukan akhlak mulia. Ya Rabbi, tempatkanlah hati kami dengan muhabbat, mencintai mereka yang kamu cinta. Kurniakanlah kami akhlak mulia, menjadi contoh baik yang mana dakwah kami berdasarkan muhabbat (cinta). Dengan akhlak mulia kami pasti dapat melalui kebaikan dan pengakhiran yang baik inshaAllah.
Subhana rabbika rabbal ‘izzati ‘amma yasifoon, wa salaamun ‘alal mursaleen, walhamdulillahi rabbil ‘aalameen. Bi hurmati Muhammad al-Mustafa wa bi siri Surat al-Fatiha.
Rakaman Terima kasih khas kepada pentranskripsi kami yang mentranskripsi suhbah ini.
Tarikh Asal Suhbah: April 4, 2020
Artikel Berkait:
- Four Enemies of the Self – Dunya, Hawa Nafs, Shaytan
- Signs of Imam Mahdi (as) Appearance
- Second Level – Station of Sir (Secret) – Vision, Prophet Nuh (as)
- Be the Moon & Follow the Sun – Even if you are Nabi Musa (as)
- The Way of Testing is to Remain Silent and Have Good Character
Sumbangilah dan Sokonglah usaha kami untuk menyebarkan ilmu syurgawi
Hakcipta Terpelihara © 2022 Pusat Islamia Naqshbandi Vancouver